1. Untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan menyemai
semangat kesukarelawan untuk semua peringkat ahli.
2. Menyemai sifat tolong menolong di antara satu sama
lain dalam urusan kebajikan kemasyarakataan, dakwah, agama dan pendidikan.
3. Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan
terhadap golongan kurang upaya ini seperti fakir miskin, terabai, teraniaya(abuse),
anak-anak yatim, asnaf, ibu tunggal, warga emas, pelajar-pelajar tahfiz
Al-Quran dan pesakit-pesakit kronik.
4. Untuk melaksanakan program-program yang mendatangkan
manfaat kepada seluruh masyarakat dan golongan sasar.
5. Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang
diluluskan dalam mesyuarat AJK untuk menjalankan tujuan pertubuhan.
6. Menerima sumbangan dari pihak kerajaan, Swasta,
Koparat dan orang ramai untuk Pertubuhan menjalankan aktiviti-aktiviti selaras
dengan objektif pertubuhan.
7. Memberikan bantuan kewangan atau harta benda kepada
mereka yang memerlukan.
8. Menggalakkan penglibatan generasi muda dalam
melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan.