PERTUBUHAN INFAQ KASIH SAYANG SELANGOR

 No Pendaftaran PPM-033- 10-10022017

Ditubuhkan dan diluluskan pada 10 haribulan februari 2017

Alamat di: No.63, Jalan TKC 3/10, Taman Kota Cheras , Fasa 4, 43200 Cheras, Selangor.





Berpandukan kata-kata Allah di dalam surah Al-Ra’d:ayat 19-22 yang membawa pengertian iaitu golongan yang memliki kesediaan untuk menyampaikan ilmunya kepada orang lain, memiliki tanggungjawab untuk memperbaiki mesyarakat serta terpanggil hatinya untuk menjadi pelopor terciptanya kemaslahatan atau faedah masyarakat .

Berpandukan kata-kata Allah di dalam surah tersebut, Pertubuhan Infaq Kasih Sayang Selangor berhasrat menjadi sebuah pertubuhan yang mempunyai objektif yang berlandaskan kebajikan. Mensasarkan golongan orang-orang yang susah, fakir miskin, warga emas, ibu tunggal/janda, pesakit- pesakit kronik, anak-anak pesakit kronik, anak-anak ibu tunggal, anak yatim, asnaf dan pelajar-pelajar tahfiz Al-quran sebagai individu yang akan mendapat faedah langsung dan diperkasakan di bawah satu pengurusan yang dinamik. Harapan kami peluang yang terbuka luas ini dapat sama-sama kita menyambutnya untuk bersama menanam saham akhirat sebagai amal jariah kita.
Semoga usaha-usaha dan program-program yang akan dijalankan mendapat kerdhaan Allah S.W.T AamiiN.

Firman Allah yang bermaksud; ‘Bukanlah menghadapkan wajahmu kearah timur dan barat itu satu kebajikan akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian (akhirat), malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir(yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang –orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan penderitaan. Mereka itulah orang-orang yang benar(imannya) dan mereka itulah orang yang bertaqwa.’ –( Surah Al- Baqarah ayat 177)

- Copyright © Infaq Kasih Sayang -Shinpuru v2- Powered by Blogger - infaqkasihsayang Johanes Djogan -