Lawatan ke Rumah Anak Yatim Ar-Rahman


Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang. Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang merupakan tempat untuk mereka meluahkan dan mencurah kasih sayang. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan program ini di Rumah Yatim Ar-Rahman Bandung Indonesia semasa rombongan kami menziarah kota Bandung. Adalah diharapkan melalui program ini, kami dapat mempelajari kemahiran merancang, mengurus , dan melaksanakan program dengan lebih berkesan dan baik. Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

OBJEKTIF 




Menyumbang wang tunai bagi kegunaan perbelanjaan harian rumah anak yatim. Membina hubungan berterusan antara sukarelawan Pertubuhan Infaq Kasih Sayang Selangor dengan penghuni rumah anak yatim menerusi khidmat bakti dalam kebajikan. Memberi motivasi kepada anak-anak yatim khususnya anak-anak- yatim yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak seperti amanah, tolong menolong, dan cinta akan alam sekitar. Mendedah anak-anak yatim dengan nilai positif. Memupuk kreaktiviti dalam setiap diri anak-anak yatim. Program ini telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan seramai 38 orang sukarelawan dari Pertubuhan Infaq Kasih Sayang Selangor.






PERSIAPAN AWAL

Persiapan awal dimulakan sebelum program dijalankan, seperti pembahagian tugas-tugas dan ahli jawatankuasa program.

Ahli jawatankuasa turut ditubuhkan bagi memudahkan perjalanan majlis. Berikut adalah formasi ahli jawatankuasa bagi program itu:

Penyelaras Program: Encik Mohd Jamal Mohd Ellias.

Setiausaha : Cikgu Azmi Bin Murad.

Bendahari : Pn Ainy Binti Abd Aziz. AJK Jamuan : Puan Rojiah.

AJK Event : Pn.Nora.

AJK : Pn.Norlia Binti Mohd Nor



TENTATIF PROGRAM 1
2 Mac 2017 (Ahad) 





Secara kesimpulannya, majlis yang dianjurkan sangat meriah dan penuh keriangan. Itulah tujuan kami selaian dari menderma, kami turut mahu menceriakan suasana di rumah anak yatim. Semoga dengan segala usaha yang dilakukan mendapat barakah daripada Yang Maha Esa.

- Copyright © Infaq Kasih Sayang -Shinpuru v2- Powered by Blogger - infaqkasihsayang Johanes Djogan -