Posted by : infaq kasih sayang Friday, 9 February 2018

13 Ogos 2017 (Ahad) — Seramai 50 orang ahli Pertubuhan Infaq Kasih Sayang Selangor (PIKSS) telah mengadakan aktiviti ziarah ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong, Selangor. Program tersebut turut di hadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Selangor (JAKIM), Ustaz Roslan untuk merasmikan aktiviti tersebut. 


Pengerusi Pertubuhan Infaq Kasih Sayang Selangor, Adam Han berkata,objektif lawatan tersebut ialah bersempena sambutan kemerdekaan  di antara ahli serta menghargai jasa mereka yang telah bersama dalam membangunkan negara kerana terdapat di antara penghuni Rumah Orang Tua Al -Ikhlas yang telah menetap di tanah air sebelum kemerdekaan lagi dan turut bersama pemimpin terdahulu dalam membangunkan tanah air yang tercinta.

Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang diasaskan oleh Pn. Hjh. Muji Sulaiman adalah institusi yang dibina khas bagi menempatkan sebilangan warga emas yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggung jawab untuk menjaga mereka. Rumah jagaan ini juga merupakan rumah jagaan orang Islam pertama di Malaysia di mana seluruh warga emas di rumah ini beragama Islam.










- Copyright © Infaq Kasih Sayang -Shinpuru v2- Powered by Blogger - infaqkasihsayang Johanes Djogan -