Posted by : infaq kasih sayang
Thursday, 8 February 2018
11 Jun 2017 (Ahad) — Program sumbangan bubur lambuk anjuran Pertubuhan Infaq Kasih Sayang Selangor (PIKSS) serta kerjasama Poliklinik An-Nur, Bandar Tun Hussein Onn telah diadakan di perkarangan Bazar Ramadhan Bandar Tun Hussein Onn. Seramai 20 ahli dari Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Infaq serta staf Poliklinik An-Nur turut sertai program pengagihan bubur
Antara objektif utama program tersebut ialah untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim terutama antara ahli Pertubuhan Infaq sendiri serta hubungan dengan masyarakat setempat. Selain itu, melalui program ini juga dapat menyedarkan masyarakat islam khususnya mengenai kepentingan menginfaqkan sebahagian rezeki mereka kepada yang memerlukan, kerana tidak semua rezeki yang kita milik adalah milik kita, ianya perlu di bahagikan kepada mereka yang memerlukan khususnya golongan asnaf dan fakir miskin.
Suhubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa PIKSS mengucapkan jutaan terima kasih khususnya bagi semua anggota yang terlibat dari pihak AJK itu sendiri mahupun orang ramai yang turut sama-sama memberi sumbangan menjayakan aktiviti pengagihan bubur lambuk dan berharap program seperti terus mendapat sambutan dari masyarakat ramai.
Alhamdulillah selesai hajat klinik an nur btho jazakallah khair kpd klinik an nur dan semua sukarelawan💕💕💕